KELAB PENGGUNA 

                                              

  

Kelab ini disertai oleh pelajar-pelajar dari Tingkatan 3, 4 dan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart. Pelajar yang mengambil mata pelajaran perdagangan digalakkan menyertai kelab ini. Kelab ini bertujuan untuk memupuk minat para pelajar dalam pelajaran terutama mata pelajaran yang disenaraikan di atas. Melalui kelab ini, pelajar dapat mengetahui hak-hak kita sebagai seorang pengguna dan memahami cara atau langkah menuntut hak sebagai pengguna yang sepatutnya. Selain itu, melalui kelab ini, hubungan yang mesra dan erat dapat terjalin dalam kalangan pelajar.

VISI
 
Kelab pengguna memupuk pelajar-pelajar menjadi seorang yang bijaksana dan mengetahui hak-hak sebagai seorang pengguna.
 
 MISI
 
Kelab pengguna akan menjadi model kelab di peringkat Sibu pada tahun 2015.
 
 Objektif Kelab Pengguna
 
1.     Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab sebagai pengguna serta isu-isu kepenggunaan semasa.
 
2.     Meningkatkan pengalaman, kemahiran & kepimpinan di dalam hal-hal kepenggunaan.
 
3.     Memupuk semangat berpasukan dan bersatu-padu di kalangan ahli-ahli kelab dalam membuat keputusan dan menyuarakan pendapat di dalam hal-hal kepenggunaan. 
 
4.     Menyemarakkan kegiatan kepenggunaan di kalangan ahli kelab dan rakan sekolah.